Wednesday 19 March 2014

YUHUUU TAK SABAR NAK HOLIDAY TO LANGKAWI!

Assalamualaikum...

haaaa korang mesti penah pegi langkasuka kan.. hehe takdelah langkawi kan? ni dia orang jakun(akulah tu) nk pi langkawi 27hb march 2014 ni hah.. aku mana lah penah pegi sana.. setakat dengar cite orang tu ye lah penah.. best ke langkawi?? haihh bg orang yg mcm aku ni mmg suke pegi holiday tapi cukup berhati2 dan cukup payah dalam membuat keputusan, sampaikan kadang2 husband aku mesti kena tanya pendapat atau keputusan aku sebulan lebih awal.. hahaha maklumlah nk jimat cermat.. yelah memandangkan 2014 ni ya Rabbi taraf hidup mmg cekik darah! huh.. so nanti bila aku dh sampai sane aku pasti akan menjamu mata uols dengan gambar-gambar kenangan kami di sana yaa.. sob bha rho.. sabar! haha bye

Tuesday 18 March 2014

Kau sempurna bagi ku!

Mohamad Zhariff! Annur Adriana!

Ya! Dua orang insan ini lah saban hari sentiasa mengindahkan hidup aku sekarang. Aku tak tau lah kalau mereka takde macam mane lah agaknya kehidupan aku! Ya Allah aku memanjat kesyukuran pada Mu kerana telah mengurniakan mereka dalam hidup aku. Akan aku mencintai mereka sehingga ke Jannah. Suami dan anak perempuan kesayangan, akan aku menjaga dan menyayangi mereka. Tiada yang lebih bernilai lagi selain mereka berdua. Juga ada seorang insan lagi yang akan sentiasa berada di hati kami bertiga, cuma masa dan keadaan tidak mengizinkan. Semoga hatiku sentiasa tabah. Sehingga hembusan nafas yang terakhir tidak ada perkara yang akan mengubah cinta kami melainkan yang maha Esa.






Sunday 5 January 2014

KESAYANGAN HAMBA <3

Pejam celik dah hampir 6 bulan aku bergelar ibu kepada seorang puteri yang sgt2 cantik.. huhu nak kata penat jadi ibu.. yes i admit! tapi Allah akan beri ganjaran pada sesiapa pon yang bergelar ibu atau isteri setiap apa kebajikan yang dibuat.. skrg tgh fikir nak buat aqiqah bulan berapa.. dh la busy.. huwaaa ya Allah harap2 ada masa utk mereka yang aku syg.. sebenarnya tak sabar nk tggu my baby 6 bulan sbb nak buat puree avocado+banana.. heee.. skrg ni dh mcm2 perangai dh.. mmg lengkap la kehidupan aku yang sekarang berbanding dulu.. walaupon kdg2 aku rindu zaman bujang aku.. kihkih.. jgn mara husband! meh nak share sikit picture mucuk mama ni..










Cuti-cuti di Pulau Pinang

Alhamdulillah setelah berapa lama rancang nak pegi bercuti dengan family akhirnya tercapai juga hasratku, hahaha.. gila tak stress! kerja non stop dengan aktiviti baru untuk tahun baru ni, fuhhh agak letih juga setelah 5 bulan jadi seorang ibu. Kat sane tak payah nk susah2 cari hotel atau homestay.. nasib la abg ipaq ceq ada kat san.. kalau tak jenuh la ceq nk spend duit lg kan hahahah.. zaman skrg ni kene berjimat cermat.
sepanjang 3 hari kat sane mmg pulun hbs2 waktu untuk buat aktiviti.. antaranya hah ni hah,


hah tu aku ngn kak ipaq aku dok perah tenaga buang ayaq dalam kayak.. haha


yang ni pulak mak mertua ngn husband ceq yang kacak lg gagah tu hehe.. mesti tertanya2 mana puteri hamba yang comel tu kan.. jap ekk.. 

tttaaarrrraaaaaaaa....

tgklah tu.. geramnyaaa iols!!

Paling takleh lupa makan burger leleh dgn kuey tiow kerang plus milo ais tabuq! habaq hang....
nak cuti lama2 pon takleh disebabkan keje la plk.. hmm harap2 ada la masa yang berharga mcm ni lg untuk kami 1 family.. next family trip pangkor lak! haihhh cepatlaaaaa hhuhuhuhu...





























Tuesday 1 October 2013

My little precious manja Annur Adriana

hai uols! cewahhh hahaha.. act i nak kongsi ngn uols tentang kehidupan baru i.. pada 1/8/2013 i selamat melahirkan bayi perempuan yg comel yang diberi nama Annur Adriana Binti Mohamad Zhariff.. gila gabra kot, that time i sakit since 27/7/2013.. pegi ler hospital selayang but dorang takank admit sbb baru bukak jalan 2cm.. show off dh ada.. darah + lendir.. sedih n marah semua ada..so terus ajak hubby pegi hkl.. yang best mil n sil pon nk ikut jgk excited lebih kan.. huhu pegi2 kene tahan teus sbb contraction dh kerap.. so kene la check in kat hkl tu.. 28/7/2013.. lama gak lah check in smpai 30/7/2013 tu doc suh masuk ubat pagi esk sbb dh lama sgt sakit takut effeck baby katanya.. mmg betul pon yang tggung sakit tu kite.. arghhh tp best hehehe.. so pukul 5.30pg tu masuk la ubat terus sakit mendadak nk tidur pon tak bole.. cek ctg baby kejap okay kejap tak kalau tak mmg operate la jawabnya.. finally aku mintak tlg ada sorg nurse yg bijak bistari dia pon tlg lah buat ctg baby kasi cantik n finally my contraction dah 2:10 and become 3:10 so pukul 12.30 aku telah ditolak ke LR dan call hubby suh dtg.. takut n gembira semua ada.. hubby pon teman la smpai petang.. 7cm i dh tak tahan i teran sikit heeee.. tak sampai 5 minit dah 9cm apalagi my hubby jerit pggl doc yang bestnya i dh teran heee sakit bebbbb!! sooo pada pukul 7.42pm waktu azan maghrib orang buka puasa maka keluarlah puteri kesayangan hamba yang comel loteee dgn selamat dan jayanya pada 1/8/2013 same birthday with my mil... present for her.. congrats hahaha.. ni haah my demokkk comel..